ayat bergerak


Click here for Myspace Layouts

Tuesday 15 May 2012

TEKNIK MENJAWAB


PANDUAN UNTUK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN SPM PERDAGANGAN   


  KERTAS 1
- perlu menjawab semua tajuk.
- fakta atau tajuk kecil dalam bab akan turut ditanya.
- banyakkan menjawab soalan-soalan latih tubi objektif.
- soalan akan mudah dijawab apabila selalu membuat latih tubi
- JUMLAH SOALAN 40
     KERTAS 2
-Terdapat 8 bahagian di dalam menjawab soalan di dalam kertas 2
a)  Bahagian 1
- Anda mesti faham format dan membiasakan diri melihat kertas soalan SPM.
- Baca soalan dengan teliti dan kaji kehendak soalan.
- Ingat, anda akan rugi besar jika anda tahu jawapan tetapi tidak memahami  kehendak soalan.
- Contoh-contoh soalan:
            1. Nyatakan kepentingan pengkontenaan di dalam perniagaan masa kini?
            2. Terangkan maksud kepentingan yang diinsuranskan dalam prinsip insurans ?
b) Bahagian 2
- Lihat jumlah markah, biasanya 1 isi untuk 1 markah.
- Dapatkan lebih jumlah isi berbanding jumlah markah.
- Contoh-contoh soalan :
            1. Mengapa sesetengah barang tidak perlu diiklankan ?          (4 markah)
            2. Apa itu bank?                                                                    (5 markah)
c) Bahagian 3
- Pertimbangkan markah adalah pada isi. Banyak isi banyak lah markah anda
- Penerangan kepada isi masih diberi markah jika huraian bukan menerangkan sesuatu 
    yang  telah jelas.
- Soalan “ Terangkan / Jelaskan – perlu huraian.
- Contoh-contoh soalan :
            1. Terangkan fungsi peruncit ?
            Jawapan : Modal kecil. Adapun dikatakan modal kecil ini ialah jumlah  
yang besar. Contoh RM 1000. Dengan modal kecil ini peniaga akan menyediakan peralatan yang secukupnya misalnya seorang penjual pisang goreng akan membeli pisang, minyak,kuali dan lain-lain lagi. (Calon ini mendapat 1 markah sahaja)
-Jawapan yang perlu diberi : Berhampiran dengan tempat pelanggan-memudahkan pelanggan membeli barang. Boleh membeli secara kreadit bagi pelanggan tetap  
( Calon ini mendapat 4 markah)
            d) Bahagian 4
            - Bentuk jawapan anda tidak menjadi faktor penentu markah
            - Anda boleh persembahkan di dalam bentuk yang anda sukai kecuali soalan perbezaan lebih 
              baik dijawab di dalam bentuk T
e) Bahagian 5
            -  Format soalan terkini mewajibkan anda menjawab soalan kajian kes.
            - Biasakan diri menjawab soalan kajian kes
            - Kes yang diberi hanya sekadar membantu anda mencari skop jawapan. Jawapan  perlu 
              dikaitkan dengan kes.
  -Adakalanya jawapan ada di dalam soalan – tidak selalu.
f) Bahagian 6
- Beri contoh yang releven
- Contoh : khidmat lepas jualan – menghantar barang ke rumah pelanggan
                  Risiko – kecurian dan kebakaran
          g)Bahagian 7
            - Ada yang tidak ditolak markah
            - Contoh salah ejaan, ayat yang tidak gramatis.
            h) Bahagian 8
            - Boleh jawab lebih daripada 4 soalan

No comments:

Post a Comment